Author: Alina Haizar
•2:36 AM

Jeff hanya berseluar jean tersandar di kepala katil. Tubuhnya kelihatan manik-manik peluh. Jeff termenung sambil berfikir jauh. Seribu perasaan menyerangnya, berbaur rasa penyesalan, ketidak tentuan dan juga terselit rasa kepuasan. Jeff tidak merancang untuk semua ini berlaku. Semua berlaku dengan pantas dan diluar kawal dirinya. Kini Jeff seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu. Hana berada di dalam bilik air. Sudah agak lama Hana berada di dalam bilik air. Bagus juga kerana memberi peluang kepada Jeffry untuk meleraikan fikirannya yang bercelaru.

Sebelum memasuk ke bilik air tadi, Hana menangis perlahan-lahan sambil berdiri di hujung katil. Jeff memeluknya kemudian memandang muka Hana. Air mata mengalir titik demi titik membasahi pipinya. Seribu penyesalan menerpa di muka Hana. Jeff pun tidak tahu bagaimana hendak memujuknya.
`Apa yang kita telah lakukan? Macamana ni Jeff ?’ Hanya itu soalan yang terpacul dari mulut Hana. Jeffry tidak dapat menjawap soalan Hana membuat Hana tidak sanggup berdepan dengannya lagi. Hana menolak Jeffry , di tariknya cadar yang bertompok merah itu dan terus masuk ke dalam bilik air.

Selepas setengah jam kemudian, Jeffry masih sendirian di bilik itu. Masa inilah yang Jeff ambil untuk menilai hubungannya dengan Hana. Sebenarnya dia tidak menyangka akan pergi sejauh ini. Jeffry hanya tahu pada masa ini dia dan Hana sering menghabiskan masa bersama. Dia suka saat yang dia habiskan bersama Hana. Saat ini sahaja. Dia tidak pernah terfikir akan menghabiskan masa depan dengan Hana. Yang Jeffry tahu masa untuk dia dan Hana ialah sekarang ini sahaja. Waktu sehingga sebelum dia berangkat ke US sahaja. Selepas ke US? Dia tidak pernah fikir setakat itu. Dia dan Hana macamana? Sedikit pun dia tidak pernah fikirkan. Dia belum bersedia untuk satu perhubungan jangka panjang.

Jeffry kini tertanya-tanya? Dengan apa yang berlaku adakah Hana akan memaksa Jeffry mengahwininya? Boleh ke Hana berbuat demikian. Jeffry belum bersedia untuk itu lagi walaupun dia tahu dia bertanggung jawab dengan kejadian yang berlaku di sini. Tompokan merah membuktikan dia bertanggung jawab. Tetapi dia belum bersedia untuk hubungan jangka panjang, apatah lagi hendak berkawin. Kemudian Jeffry teringat yang dia akan ke US dalam empat minggu lagi. Ini membantu Jeffry membuat keputusan kepada soalan-soalan yang menerpa dirinya sejak tadi.
.
Jeff menunggu sahaja Hana keluar dengan sabarnya. Dia harus membuat satu pendirian ke atas situasi mereka sekarang ini. Dia harap Hana fahamk keadaannya sekarang.

Hana keluar dari bilik air. Nampaknya dia mandi membersihkan dirinya seperti cuba membersihkan dirinya dari dosa yang telah mereka lakukan. Tangannya memegang cadar putih yang sudah bersih. Setelah meletakkan cadar putih di kerusi, Hana berdiri tegak di pintu bilik itu. Tangannya sedang memegang beg pakaian kecil yang dibawanya sejak pagi tadi. Jeffry Cuma memandang Hana sambil mendiamkan diri.
`Hana nak balik,’ lantas tangannya memegang tombol pintu lalu di pulasnya. Her heart felt so numb and she is still in shock with what she has done. Tidak pernah terfikir dalam hatinya perkara ini akan berlaku kepada dirinya. Dirinya terasa kotor, walaupun sudah hamper setengah jam, dia membersihkan dirinya. Bagaiamana dia boleh menghilangkan perasaan itu. Bagaiaman dia akan melalui liku-liku hidupnya dalam keadaan begini. Jalan di hadapan terasa gelap.

Hana tunggu dulu, Jeff nak cakap sikit. Jeffry bangun cuba menghalang Hana dari keluar dari bilik itu.
Hana nak balik. Tolong lah Jeff.
Jeffry diam
Hana nak balik.
`Duduk dulu. Can we talk.? Jeffry hendak Hana faham keadaan mereka sekarang. Hana kena sedar dengan keadaan Jeffry supaya dia tidak mengharap. Dia tidak mahu Hana memaksa dia kawin selepas apa yang berlaku.

` Boleh tapi bukan di sini. Boleh tak kita pergi sekarang. Hana tak boleh duduk sini lama-lama. Hana tak sanggup.’

Tiba-tiba, when the numbness start to dissipated, Hana mula rasa mual. Rasanya semua isi perutnya hendak keluar. Dia tidak boleh accept semua ini berlaku ke atas dirinya. Seribu penyesalan menyerbu dirinya. Dia sudah tidak ada tempaty nak lari...semua orang seperti akan memandangnya dan menudinmg jari ke arah dia. Dia masuk semula ke dalam bilik air dan memuntahkan semua isi perutnya ke dalam sinki. Kepalanya mula berdenyut-denyut. Seribu penyesalan menerpa dirinya.
Mak tolong Hana mak.. rintih Hana sendirian. Sementara Jeffry yang diluar bilik air sudah mula hilang sabar. Tidak memahami kenapa Hana terlalu dramatic dalam hal ini. Perkara sudah terjadi. `So What?’ gerutunya sendirian.
Manakala air hana terus mengalir, makin lama makin deras. Tidak sesiapa yang dapat melihat, apatah menolongnya lagi. Ini semua adalah salah Hana sendiri.

***********************************
Sepanjang perjalanan pulang tidak banyak yang di bincangkan oleh Jeff dan Hana.
Kalau ikut hati Hana dia ingin menangis sepuas-puas hatinya. Tetapi apa gunanya nasi sudah menjadi bubur. Kalau dia ingat pesanan Mak Chak, mungkin dia dapat menghindar bala yang sudah menimpa dirinya. Hana ingin meraung-raung sekuat-kuat hatinya, ingin menepuk dada bertubi-tubi bagi membuang penyesalannya, agar dapar mengurangkan kepedihan di hatinya. Tetapi demi menjaga pridenya dia cuma diam mebisu.
Kali ini dia memang betul-betul tumpas. Dia selalu fikirkan yang dia boleh menjaga dirinya. Dia boleh bezakan anatara baik dan buruk. Perkara seperti yang telah berlaku tidak akan berlaku kepadanya. Rupanya dia salah. Kalau ikutkan tidak sanggup dia merayu dari Jeffrey, tetapi dia takut apa akan terjadi pada dia. Dia kena merayu kepada Jeff suapay bertanggung jawab ke atas dirinya. Kalau tidak macamana dia akan hadapi semua ini. Tiba-tiba Hana terasa dirinya sebenarnya masih mentah. Masih perlukan bimbingan emaknya. Ketika itulah terbayang wajah emak di kampong, kemudian wajah Mak Chak menjelma. Wajah Mak Chak dan emak silih berganti. Hati Hana seperti hendak pecah.

Sepanjang perjalanan pulang, mereka mendiamkan diri. Hanya lagu dari cd kereta Jeff yang berkumandang menemani mereka. Setelah lama mereka mendiamkan diri, Hana akhirnya beranikan diri untuk bertanya .
`Macamana ni Jeff,
Apa maksud Hana?
Macamana kita ni Jeff. Hana takut. Kita telah berdosa.
Macamana maksud Hana. Apa yang boleh kita buat? Perkara sudah berlaku.’ Dalam hatinya, Jeff memuji dirinya kerana berjaya bersikap acuh tidak acuh. Ini keputusannya yang di ambil dan Hana kena terimanya.
`Yelah sebab perkara sudah berlaku Hana terpaksa tanya , kita ni macamana selepas ini. Kalaulah Jeffry dapat mengerti betapa berat dan malunya Hana hendak mengeluarkan pertanyaan tersebut.
`Macam ni ajelah,’ kata Jeffry. `Hana tahukan Jeff akan ke US?’
`Habis tu Hana macamana?’. Itu sahaja soalan yang Hana tahu tanya. ` Hana macamana’
`Hana macam ni jelah Dan Jeff pun macam nilah.’
Hana terdiam. Tidak sangka Jeffry akan mengeluarkan kata-kata seperti ini.
`Relaks Hana. Hana risau apa?’
`Hana takut … Hana ….,’ tidak sanggup Hana katakan apa yang difikirkan akan terjadi. Jeffry terus memotong katanya.
`Jeff rasa tak ada apa-apa akan terjadi. Hana jangan risau.’

Melihat sikap acuh tidak acuh Jeffry, Hana hanya dapat berkata dalam hatinya, `macamana diri hana yang sudah ternoda ini? Macamana kalau Hana mengandung? Hana akan tinggal keseoarangan. Jeff akan pergi ke US. Macamana halnya antara kita.’ Tidak kah Jeff mengerti yang dia sudah hilang mahkotanya. Dia sudah tidak ada nilainya lagi jika Jeff tidak claim her. Dia sudah tidak layak untuk sesiapa lagi kecuali Jeff. Masa depannya telah hancur dalam sekelip mata. Hanya kata-kata dari Jeff assurance yang akan dapat menyelamatkannya.

Kenapa Jeffry bersiakap acuh tidak acuh macam perkara seperti ini sudah pernah di laluinya. Adakah Jeffry sudah merancang segalanya. Setelah hilang manis, sepah di buang. Tidak mungkin! ..Hana ingin mendengar Jeff berjanji akan bertanggung jawab dengan apa yang berlaku. Jeffry akan mengahwininya. Mereka harus menebus dosa ini. Tetapi jawapan yang sebenarnya di harap keluar dari mulut Jeff tidak muncul-muncul juga. Hana sungguh kecewa.
Dia terdiam lagi, menahan sebak dan air matanya. Seribu penyesalan tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlaku. Hana berharap dia terjaga dari mimpi ngeri ini. Tetapi
|
This entry was posted on 2:36 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: